Selasa, 8 November 2011

RUPANYA MASIH RAMAI YANG PERLUKAN BANTUAN DI KOTA BHARU

KEIKHLASAN SEORANG PEMIMPIN

Assalamualaikum buat semua pelawat setia yang masih mengikuti blog Parlimen Kota Bharu,Terima kasih juga diucapkan diatas sokongan anda,Walaupun laman blog ini baru dilancarkan beberapa hari yang lalu ianya tetap mendapat sambutan dikalangan warga Kota Bharu khasnya,Insyaallah jika tiada aral melintang kami akan beroperasi sepenuhnya pada 11.11.11.Harapan kami semoga anda terus setia dengan kami demi membantu seluruh warga Kota Bharu diatas maklumat-maklumat dan peluang yang akan diterbitkan pada laman PKB ini.

Seterusnya dapat kita lihat paparan dibawah ini mengenai seorang pemimpin yang sentiasa cakna dan turun padang bagi membantu rakyat yang memerlukan,Kami memohon maaf diatas penyusunan gambar yang tidak teratur,Setiap gambar dibawah adalah diambil dari beberapa tahun yang lepas,Kita mengharapkan pemimpin ini terus menabur bakti untuk warga Kota Bharu dan jika beliau dicalonkan untuk menjadi Pemimpin bagi Parlimen Kota Bharu,Kami yakin rakyat Kota Bharu akan memilihnya insyaallah.