
Hanipa juga berhujah bahawa kes Mat Sabu bukan mengenai mangsa kes sejarah menuntut gantirugi.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah mengenai tafsiran sejarah dan mahkamah bukanlah platform untuk tujuan tersebut.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Amin Firdaus berkata, kes sejarah seumpama itu dibenarkan disebut dalam mahkamah.
Beliau memberi contoh kes saman Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkannya kembali ke tanahairnya.
Sementara itu, Hanipa berkata, Mat Sabu akan cuba memohon penangguhan sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini.
Mat Sabu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah tadika di pusat pendidikan PAS di Padang Menora di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mat Sabu menghadapi tuduhan alternatif memfitnah konstabel Marin Abu Bakar Daud, Jaafar Hassan dan Yusoff Rono dan keluarga mereka pada masa dan tempat yang sama.
Tuduhan tersebut ekoran laporan yang dibuat oleh tiga anggota keluarga konstabel berkenaan - Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff. Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan