Selasa, 28 Februari 2012

AMANAT KHAS DAN PENGUMUMAN PM UNTUK WARGA KOTA BHARU JUMAAT INI

Bersama  kita memanjat kesyukuran kepada Allah Taala diatas kesempurnaan kurniannya seorang pemimpin besar negara yang "Mudah Baso dan senang kiro" yaitu seorang Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disamping seluruh rakyat di negara kita merasa syukur, tibalah masanya bagi penduduk Kota Bharu pula yang ingin melahirkan rasa terima kasih terhadap PM seterusnya tidak melepaskan peluang yang sangat sukar ini untuk melihat secara dekat dan beramah mesra bersamanya.


Seorang Perdana Menteri yang disifatkan sebagai 'Hero Rakyat' ini sebenarnya telah banyak menjuarai segala kebajikkan kepada rakyat, melalui usaha 'Transformasi Minda Memeta Wawasan Melaksana Amanah' yang diperkenalkan beliau telah banyak mengubah taraf hidup rakyat serta menyediakan kemudahan dan bantuan yang sempurna tanpa mengira bangsa. Sebahagian buktinya sila rujuk diSINI.

Apapun warga Kota Bharu tidak sekali-kali melupakan orang yang telah bersusah payah dan bertungkus lumus membawa Perdana Menteri untuk menjenguk rakyat di Kota Bharu ini bagi membawa satu perubahan kepada seluruh masyarakat disini, beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Fatmi Che Salleh yang juga merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Alangkah bangganya warga Kota Bharu sekiranya mempunyai pemimpin atau wakil  yang sangat rapat dengan Perdana Menteri, ini sekaligus perhatian yang khusus dapat diberikan kepada penduduk di Kota Bharu dan pasti manfaatnya dapat dirasai oleh keseluruhan penduduk di dalam negeri Kelantan Darul Naim.

Apa yang difahamkan kehadiran Perdana Menteri di Kota Bharu ini dibuat pada saat-saat terakhir hasil dari kesungguhan Datuk Fatmi agar Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan dari apa yang dirancangkan oleh beliau selama ini dalam usaha meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi, pembangunan dan juga pusat perkembangan Islam yang berstatus antarabangsa di daerah Kota Bharu ini.

Melihat kesungguhan Datuk Fatmi dalam usaha membantu rakyat, dikatakan Perdana Menteri telah bersetuju untuk tidak menghampakan harapannya dan Harapan seluruh penduduk di Kota Bharu khasnya bagi bersama-sama dalam Majlis Penyerahan Resolusi Konvensyen Profesional Kelantan.

Pada Majlis tersebut, Perdana Menteri juga akan membuat kejutan kepada rakyat Kelantan dan Warga Kota Bharu khasnya dengan pengumuman bermanfaat kepada rakyat dan pasti ianya dinanti dan sudah diimpikan oleh seluruh rakyat sebelum ini. Pengumuman tersebut yang akan terlaksana juga bakal menjadikan Kota Bharu sebuah bandar berkonsep Islamik yang sebenar dan termaju lantas mengubah lanskap kehidupan seluruh rakyat.

Itulah tanda terima kasih tidak terhingga seorang Perdana Menteri kepada warga di Kota Bharu hasil dari peranan Datuk Fatmi seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat permasalahan rakyat. Kepercayaan rakyat kepada Datuk Fatmi tidak dikecewakan, ianya dibawa dan  diterjemahkan kepada Perdana Menteri untuk direalisasikan harapan tersebut.

Sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan tanda terima kasih kita  rakyat Kelantan dan penduduk di Kota Bharu khasnya, anda dijemput datang beramai-ramai untuk memberi sokongan dari apa yang akan dilaksanakan dan akan disumbangkan kepada kita semua.

Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita menerima, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang sudi membawa arus perubahan di bandar Kota Bharu ini. Terima kasih juga didahulukan kepada seluruh warga Kota Bharu dengan kehadiran di Majlis ini nanti supaya kesungguhan kita untuk mengubah nasib hidup menambahkan lagi semangat juang Pemimpin kita Datuk Fatmi Che Salleh.

Tengku Mahkota Pahang Campur Tangan Isu Khalwat Dr Badrulamin Bahron

Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.

"Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.

Pada ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat, Badrulamin juga malam tadi diiringi isterinya.

Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung isu itu hari ini.

Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Badrulamin juga berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

Dakwanya, selain pemandunya diugut, beliau juga diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.

Menyentuh siasatan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bermula semalam, Badrulamin berkata beliau memberikan kerjasama penuh. -Malaysiakini.

Isnin, 27 Februari 2012

Ambil Positif Kenyataan PM Tentang Isu Kemiskinan di Kelantan

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan sepatutnya mengambil positif disebalik pendedahan mengatakan negeri ini adalah termiskin dalam negara ini, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mnurutnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bukan untuk menghina rakyat negara ini, sebaliknya pendedahan dibuat adalah fakta berdasarkan statistik.

"Apa yang berlaku hari ini adalah kenyataan PM diputar belit pihak tidak bertanggungjawab, sehingga timbul spekulasi mengatakan kenyataan itu menghina rakyat Kelantan, ia satu kenyataan yang merugikan rakyat Kelantan.

"Pendapatan rakyat Kelantan adalah terendah berbanding negeri lain, ekonomi Kelantan tak berkembangan, tidak semaju negeri lain, dan kalau tidak dipoltikkan ia perlu diambil dalam nada positif, agar rakyat Kelantan mengambil langkah dan strategi untuk meningkatkannya," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Kereta Sewa Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ)II disini.

Mohd Fatmi menyifatkan suara sumbangan yang mengkritik kenyataan PM itu dibuat demi kepentingan politik semata-mata.

"Tidak timbul Kelantan dianaktirikan dan dihina, kerana ia dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan, termasuk hospital ini yang diperuntukkan dengan satu peruntukkan tertentu bagi tujuan menaik taraf dan sebagainya,"katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkhidmatan kereta sewa kepada pesakit di hospital berkenaan, Mohd fatmi yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat HRPZ II berkata, ia adalah satu alternatif yang di lakukan dalam mengurangkan masalah kesesakan di hospital.

"Idea mewujudkan perkhidmatan kereta sewa ini diilhamkan Pengarah HRPZ II sendiri, Datuk Dr. Ghazali Husni Md Hassan setelah melihat kepada masalah kesesakan yang sering berlaku di hospital-hospital termasuk hospital ini," katanya.

Mohd fatmi berkata, HRPZ II mandapat kerjasama Persatuan Kereta Sewa Buluh Kubu yang menyediakan 10 kenderaan untuk tujuan perkhidmatan di hospital berkenaan.

Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kereta sewa itu boleh menghubungi talian 014-5025928.

Kes Denggi Tahun 2011 Turun 79 Peratus

KOTA BHARU - Kes denggi di negeri ini tahun lalu mencatat penurunan besar iaitu sebanyak 79 peratus, daripada 3,578 kes pada 2010 kepada hanya 743 kes.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nordiyanah Hassan berkata, daripada jumlah itu 38 kes adalah kes demam denggi berdarah dengan hanya satu kematian dicatatkan pada tahun lalu.

Jelasnya lagi, daerah Kota Bharu mencatatkan kes terbanyak dengan 340 kes iaitu hampir 50 peratus daripada keseluruhan bilangan kes.

"Sebanyak 17 episod wabak juga telah dilaporkan berlaku di 17 lokaliti namun semuanya adalah wabak terkawal.

"Kejayaan ini adalah hasil usaha keras yang kita jalankan di mana pada tahun lalu lebih sejuta premis telah dibuat semburan kabus bagi membunuh nyamuk aedes dewasa, manakala sebanyak 573,720 premis telah diperiksa bagi pembiakan dengan 4,511 atau 0.8 peratus daripadanya didapati positif aedes.

"Sebanyak 852 sesi gotong-royong juga telah dianjurkan di seluruh negeri melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini sempena program 'Gotong Royong Jom! Ganyang Aedes' peringkat Taman Seri Pengkalan Chepa anjuran Pejabat Kesihatan daerah, semalam.

Kenyataan beliau itu dibacakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah.

Dr. Nordiyanah berkata, pihak jabatan juga telah mengadakan pameran, ceramah dan pengedaran poster serta risalah selain membuat pengumuman di radio tempatan, pasar raya dan masjid bagi mendidik masyarakat.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 240 kompaun telah dikeluarkan dengan kutipan bayaran sebanyak RM105,150.

Katanya, sebanyak tujuh kes telah dibawa ke mahkamah di mana pihak terbabit enggan membayar kompaun yang dikenakan.

Jelasnya, pihak jabatan kesihatan akan terus mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun dan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang didapati dengan sengaja membiarkan premis dan kediaman mereka menjadi tempat pembiakan aedes.

Ahad, 26 Februari 2012

Rakyat Kelantan Mendesak SPAN Ambil Alih Pengurusan Air Kelantan

KOTA BHARU – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap Kerajaan Pas Kelantan cuba mempolitikkan isu air negeri yang berlarutan sehingga 21 tahun apabila enggan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Naib Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Datuk Musthapa Yaakub berkata, tindakan menyerahkan pengurusan air kepada Span adalah langkah terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah terbabit dalam kadar segera.

Katanya, masalah air tidak akan selesai selagi kerajaan negeri hanya mengutamakan politik berbanding keperluan rakyat.

“Sebenarnya Kerajaan Pas Kelantan tahu masalah ini malah mereka cukup arif cuma apa yang berlaku adalah mereka terlalu berpolitik kerana menganggap jika SPAN yang menguruskannya maka itu bermaksud Kerajaan Pusat ambil alih.

“Jadi bila sebut Kerajaan Pusat semuanya buruk. Pemimpin di Kelantan ini apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Kerajaan Pusat walaupun baik akan tetap dianggap buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perhimpunan lebih 3,000 rakyat Kelantan yang mendesak pengurusan air negeri ini diserahkan kepada SPAN di Lembah Sireh di sini.

Menurut Musthapa, Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya melupakan sentimen politik kerana rakyat Kelantan semakin menderita disebabkan bekalan air yang semakin teruk.

“Sampai bila mereka mahu bertahan macam ini sebab keadaan air sekarang makin teruk bukannya semakin baik sebab itulah hari ini kita berkumpul beramai-ramai untuk menyatakan bantahan dan mendesak SPAN ambil alih.

“Span bukanlah sebuah badan politik jadi biarkan Span yang uruskan agar rakyat dapat air bersih dan bila itu sudah berlaku semua orang gembira termasuk pemimpin-pemimpin Kelantan sendiri,” ujarnya. -Detikperubahan.com.

Penubuhan UniKIST Bukti Graduan Penuhi Pasaran Kerja

KOTA BHARU - Selepas tujuh tahun beroperasi sebagai pusat pengajian sains kesihatan terbesar di Pantai Timur, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) bakal memasuki era baru apabila mengembangkan sayapnya sebagai Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi (UniKIST).

Penubuhan UniKIST yang bakal beroperasi April ini, adalah lambang kepercayaan dan keyakinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada kejayaan KIST selama ini seperti dinyatakan menerusi surat pelawaan kepada pengurusan kolej pada 19 Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KIST, Taib A. Rahim berkata, kumpulan pelajar perintis akan memulakan pengajian peringkat sarjana muda sains sosial di Kampus Kota UniKIST Wisma Abrar, Jalan Kebun Sultan dekat sini.

"UniKIST juga bakal menawarkan pengajian pasca diploma dan ijazah termasuk peringkat sarjana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Taib berkata, sejak penubuhannya hingga kini, KIST sudah melahirkan kira-kira 2,000 tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang dan berbekalkan keputusan cemerlang, pelajar terbabit tidak berdepan masalah bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian masing-masing.

"Pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terhadap bidang pengajian yang ditawarkan, membolehkan lulusan KIST menyertai perkhidmatan awam di jabatan kerajaan atau sektor swasta tanpa sebarang masalah," katanya.

Sementara itu, beberapa bekas penuntut KIST yang ditemui mengakui tidak berdepan masalah untuk mendapatkan pekerjaan sejurus sahaja tamat pengajian.

Seorang bekas penuntut KIST, Azizan Azizi, 22, yang mengambil jurusan kejururawatan di kolej berkenaan memberitahu, dia telah mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan.

"Saya menamatkan pengajian September lalu, tiga bulan selepas itu saya telah mendapat pekerjaan. Ini membuktikan pelajar KIST mampu bersaing dengan penuntut kolej lain. Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan, hampir 80 peratus mereka telah mendapat peluang pekerjaan," katanya.

Pandangan Azizan disokong oleh seorang lagi bekas penuntut KIST, Syacerelyne Suan Yun Chin, 22, yang kini berkhidmat dengan Institut Jantung Negara (IJN).

"Saya dapat tawaran kerja sebelum tamat pengajian. Ini menunjukkan pelajar KIST mempunyai kualiti dan mampu bersaing dengan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negara ini.

"Selain itu, subjek yang diajar mengikut spesifikasi dan kehendak serta keperluan pasaran pekerjaan," ujarnya. -Utusan Malaysia.

Sabtu, 25 Februari 2012

Warga Emas Terpaksa Menghabiskan Sisa Hidup di Pondok Usang

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri terpaksa menghabiskan sisa hidup mereka di sebuah pondok usang tidak berdinding apabila rumah didiami sebelum ini terpaksa dirobohkan.

Nasib malang itu mula menimpa pasangan warga emas, Nawi Salam, 61 dan isterinya, Limah Wan Mat, 65, sejak dua minggu lalu.

“Sebelum ini, kami tinggal tidak jauh dari sini. Tetapi saya tumpang atas tanah orang dan apabila mereka ambil balik tanah itu, saya terpaksalah keluar dari rumah tersebut,” katanya.

Ketika tiba di lokasi, Sinar Harian terpaksa melalui laluan bercerun di tepi rimbunan buluh untuk sampai ke pondok Nawi di tebing sungai Kampung Limbat, Pasir Tumboh di sini.

Lebih menyayat hati apabila diberitahu, Nawi dan isterinya hanya makan sekiranya ada yang bermurah hati memberikan makanan kepada mereka.

“Jujurnya saya jawab, kalau ada duit kami belilah beras sekilogram. Lauk pula, banyak tidak ada daripada ada. Kalau ada rezeki dapat ikan dari sungai ini. Air minum dan mandi pun, kami guna air sungai sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia tidak ada pilihan melainkan memasak menggunakan kayu api dan pernah mengikat perut sekiranya terputus bekalan makanan pada malam harinya.

“Saya bukannya tidak mahu bekerja, tetapi tidak boleh bekerja kerana ada penyakit. Saya pernah diserang penyakit kudis buta dan terpaksa menjahit luka kudis itu sendiri kerana tidak ada duit untuk ke hospital.

“Walaupun penyakit itu sudah sembuh, tubuh saya sudah tidak sekuat dulu,” katanya yang sekali-sekala dilihat hilang imbangan ketika berdiri.

Nawi yang mempunyai lima anak, tiga perempuan dan dua lelaki itu berkata, dia pernah menerima bantuan RM50 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini tetapi dihentikan atas alasan dia dikategorikan sebagai orang sihat.

“Mula-mula dapat RM50 selepas itu RM80. Tetapi, sudah lama dihentikan, kira-kira sejak lapan tahun lalu,” katanya.

Ditanya kenapa dia tidak tinggal dengan anak-anaknya, Nawi dalam nada sebak berkata, mereka berdua sememangnya mempunyai hasrat sedemikian tetapi anak-anaknya juga susah sama seperti dirinya.

“Mereka bukannya tidak mahu menjaga saya, tetapi masing-masing ada keluarga. Dua yang masih bujang pun, kerja buruh kasar sahaja.

“Besar harapan saya agar ada yang datang membantu, saya sudah tidak tahu hendak buat apa. Hanya isteri yang kadang-kadang mengambil upah mengurut di sekitar kampung.

“Selainnya, saya hanya mampu berserah. Tidur malam, nyamuk sudah jadi biasa. Tidak makan pun, terpaksalah,” katanya.

Jumaat, 24 Februari 2012

TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI HUSM

KOTA BHARU - Sebuah tempat letak kenderaan bertingkat bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta akan dibina untuk kemudahan pengunjung dan pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, kemudahan itu akan dibina dalam tempoh dua tahun lagi dan dipercayai dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di HUSM.

Katanya, sistem letak kereta berbayar yang dikenakan sekarang bukan untuk membebankan pengguna, tetapi sebagai cara mengelak mereka meletak kenderaan terlalu lama berikutan banyak kenderaan keluar masuk ke HUSM dengan lebih 2,500 kenderaan direkodkan setiap hari.

Beliau berkata, projek itu akan dilaksanakan oleh anak syarikat USains Holding Sdn. Bhd. (USains) iaitu UVest Sdn. Bhd. (UVest) dan merupakan sebahagian aktiviti sosial korporat pihak USM kepada masyarakat.

"Kami tubuhkan UVest sebagai syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengatasi masalah tempat letak kereta awam dalam kampus dan mereka telah membentuk satu sistem letak kereta berbayar sejak tahun lalu dengan bayaran setara dengan pihak berkuasa tempatan.

"Kewujudannya bukan semata-mata untuk keuntungan tetapi sebahagian besar kutipan harus digunakan untuk manfaat masyarakat dan warga universiti," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Tetap Ahli Lembaga Pengarah UVest berkata demikian pada majlis penyerahan ruang menunggu tambahan untuk pesakit luar HUSM bernilai RM100,000 daripada UVest kepada USM yang diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Omar Osman di sini hari ini.

Katanya, pembinaan ruang menunggu berhawa dingin daripada keuntungan UVest itu dapat menampung kapasiti pengguna daripada 30 kepada 80 orang pada satu-satu masa.

Beliau menambah, pihak UVest juga dalam proses membina sebuah poliklinik, tempat menunggu teksi awam dan kompleks perniagaan USains dalam kawasan hospital.

Sementara itu Pengarah Urusan UVest, Datuk Nik Haidi Mohamed berkata, setakat ini pihaknya menyediakan 313 petak letak kenderaan dalam kawasan hospital dan 187 lagi petak di luar kawasan hospital.

Jelas beliau, antara kemudahan lain yang diperkenalkan adalah sistem jockey kereta yang akan membantu pengguna meletak kenderaan mereka dengan bayaran berpatutan. -Utusan Malaysia

Khamis, 23 Februari 2012

IMAM 'BERSIH' BALING KASUT KE ARAH HAKIM KERANA MENOLAK PERMOHONAN MEMBUAT RAYUAN

NONESeorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan  kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

azlanDua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
Demi keadlilan
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

azlanBeliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya. -Malaysiakini.

JAHEIK TAMBAH PENDAKWAH UNTUK MEMBIMBING ORANG ASLI

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menambah enam lagi pendakwah bagi membimbing dan memastikan akidah Orang Asli beragama Islam di negeri ini terpelihara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan, dan Dakwah Negeri, Muhammad Mustapha berkata, penambahan tersebut menjadikan jumlah pendakwah untuk golongan berkenaan kini 18 orang.

“Sebelum ini hanya 12 pendakwah memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah secara berterusan berkenaan yang bertugas di lima penempatan Orang Asli di negeri ini, dan diharap dengan pertambahan ini akan memantapkan lagi kerja- kerja membimbing dan menjaga akidah golongan berkenaan,” katanya.

Muhammad berkata demikian selepas merasmikan Kursus Asas Pengurusan dan Dakwah serta Penyampaian Kit Alat Bantuan Dakwah kepada Muallim Jaheaik di sini, kelmarin. Hadir sama, Timbalan Pengarah Jaheaik (Bahagian Koperasi), Mohd Salleh Mat Jusoh dan Ketua Penolong Pengarahnya (Dakwah), Hasnan Ramli.

Menurutnya, pendakwah berkenaan yang sebahagian besar masih bujang akan tinggal di kawasan masing- masing selama tiga minggu manakala seminggu lagi untuk mereka pulang bercuti.

“Dengan adanya pendakwah kita di sana membolehkan Orang- orang Asli ini mengikuti pengajian Islam secara terperinci dengan mengikuti kelas bacaan al-Quran, fardhu ain dan sebagainya termasuk mempelajari solat,”ujarnya.

Sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk membiayai peralatan bantuan untuk tujuan dakwah seperti motosikal, komputer riba, projektor, dan kelengkapan jenazah.

Rabu, 22 Februari 2012

Permohonan Mat Sabu batal saman fitnah ditolak

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu - yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu - untuk membatalkan kes di mana beliau didakwa memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada bulan Ogos.

NONEPeguam Hanipa Maidin (kiri) yang mewakili Mat Sabu berhujah bahawa kes itu berdasarkan perspektif sejarah dan mahkamah bukan platform untuk membincangkan perkara itu.

Hanipa juga berhujah bahawa kes Mat Sabu bukan mengenai mangsa kes sejarah menuntut gantirugi.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah mengenai tafsiran sejarah dan mahkamah bukanlah platform untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk  Mohd Amin Firdaus berkata, kes sejarah seumpama itu dibenarkan disebut dalam mahkamah.

Beliau memberi contoh kes saman Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkannya kembali ke tanahairnya.

Sementara itu, Hanipa berkata, Mat Sabu akan cuba memohon penangguhan sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mat Sabu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah tadika di pusat pendidikan PAS di Padang Menora di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

pengukir nama johor mat sabu 050911Beliau berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mat Sabu menghadapi tuduhan alternatif memfitnah konstabel Marin Abu Bakar Daud, Jaafar Hassan dan Yusoff Rono dan keluarga mereka pada masa dan tempat yang sama.

Tuduhan tersebut ekoran laporan yang dibuat oleh tiga anggota keluarga konstabel berkenaan - Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff. Malaysiakini

NGO Seperti Jati Boleh Undang Keburukan Daripada Kebaikan - TUN M

SHAH ALAM Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada penubuhan NGO terbaru, Jati, Dr Mahathir berkata, presidennya, Datuk Dr Hasan Ali perlu menjelaskan tujuan dan objektif penubuhan badan itu.

"Beliau perlu menjelaskan objektif Jati kerana saya percaya kebanyakan NGO seperti itu membawa perpecahan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri majlis yang dianjurkan Jati pada masa hadapan.

Mengulas mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu di negara ini hilang pemilikan tanah di negara ini, Dr Mahathir menganggap fenomena seperti itu berlaku di kalangan orang Melayu yang miskin.

"Mereka terpaksa menjual tanah mereka untuk mendapatkan wang," katanya.

Selasa, 21 Februari 2012

INSAN OKU TERIMA HADIAH KERUSI RODA DARI MAYC KELANTAN

KOTA BHARU- Impian wanita istimewa, Salma Che Soh, 42, untuk mendapatkan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya sejak sekian lama, akhirnya tercapai apabila menerima sumbangan dari Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kelantan, kelmarin.

Salma dilahirkan cacat iaitu tidak mempunyai kedua-dua belah kaki dari paras paha ke bawah dan kekurangan tersebut menyukarkannya untuk melakukan rutin harian.

Salma ternyata terharu dengan sumbangan itu dan berterima kasih kepada MAYC Kelantan yang menyumbang kerusi roda buatnya.

Menurutnya, sumbangan itu memberikan sinar baharu dalam kehidupannya serta memudahkan pergerakannya yang sebelum ini banyak bergantung kepada bantuan orang lain.

"Selama ini saya hanya berada dalam rumah kerana tidak mampu bergerak. Sekarang apabila sudah dapat kerusi roda, bolehlah keluar melihat suasana sekitar rumah," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Penyampaian kerusi roda itu disempurnakan oleh Pengerusi MAYC Negeri, Zamzani Harun di rumah wanita berkenaan di Kampung Banggu Jejuluk, Kubang Kerian.

Turut hadir ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu, Sakiah Abu Kasim dan Exco MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbudin Hashim.

Sementara itu, Zamzani berkata, program berkenaan bertujuan membantu masyarakat khususnya golongan orang kurang upaya (OKU), selain berkongsi keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

"Melalui program ini kita dapat melihat dan merasai sendiri keperitan yang dilalui oleh mereka dalam menjalani kehidupan seharian," ujarnya. -Utusan Malaysia.

Isnin, 20 Februari 2012

HANYA KERANA PERCIKAN AIR BAH DUA SEPUPU BERTENGKAR HINGGA CEDERA

KOTA BHARU - Hanya kerana percikan air bah, dua sepupu berjiran, sanggup ber­tengkar sehingga menyebab­kan seorang daripadanya di­kenakan hukuman penjara sebulan.

Tertuduh Mohd Iruan Mohd Nordin, 26, dipercayai menyebabkan kecederaan ke­pada sepupunya, Anwar Ra­shidi Rameli, 34, selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Majistret, Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly men­jatuh­kan hukuman terbabit kepada Mohd Iruan selepas tertuduh mengaku bersalah sehingga menyebabkan kecederaan kepada sepupunya.

Dia melakukan kesalahan terbabit pada 22 November tahun lalu, pada jam 4 pe­tang selepas berlaku per­teng­karan antara mereka berdua di kawasan taman perumahan di Jalan Baung Bayam, di sini.

Ketika ditanya Mohd Fa­zaly, bagaimana perbalahan itu timbul, tertuduh menjawab, berlaku perselisihan faham se­lepas sepupunya yang me­naiki motosikal ketika itu me­lalui jalan terbabit sehingga menyebabkan air di kawasan takungan masuk ke dalam rumahnya. Akibatnya, An­war Rashidi bertindak menye­rang dan tertuduh bertindak menyelamatkan diri dengan memukul kepala sepupunya itu.

Pendakwaan terbabit di­kendalikan Timbalan Pendak­wa Raya, Noor Dayana Mohamad.

Ahad, 19 Februari 2012

GURU AL-QURAN DIPECAT SEBAB SERTAI PPP??

KOTA BAHARU – Parti Progresif Penduduk (PPP) mendakwa PAS mengamalkan politik zalim apabila bertindak memecat seorang guru al-Quran hanya kerana guru wanita terbabit menyertai PPP baru-baru ini.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff mendakwa, tindakan itu menunjukkan politik dendam PAS yang sanggup menzalimi sesiapa sahaja termasuk guru al-Quran yang tidak sehaluan dengan mereka dalam aspek politik.

“Barisan Nasional (BN) tidak akan memecat mana-mana pihak yang tidak menyokong BN dan ini satu lagi bukti kezaliman kerajaan PAS. Saya minta Menteri Besar Kelantan memandang serius perkara ini,” dakwanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Guru al-Quran terbabit, Siti Rokiah Mohd Zain, 53, turut hadir pada sidang media tersebut.

Nik Sapeia seterus mendakwa, Siti Rokiah memberitahu dimaklumkan oleh seorang pemimpin PAS yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan membantu Siti Rokiah dengan membayar elaun sebanyak RM200 sebulan seperti mana elaun yang diperolehnya sebelum ini bermula bulan ini.

“Mana-mana guru agama yang dipecat kerana menyertai PPP atau menyokong BN saya akan bertanggungjawab dengan membayar semula ganti rugi itu,” katanya.

Sabtu, 18 Februari 2012

AHLI YANG MELAKUKAN JENAYAH TIDAK AKAN DIPERTAHANKAN - PEKIDA

KOTA BHARU - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan tidak akan mempertahankan ahlinya yang melakukan jenayah dan dikenakan tindakan undang-undang.

Pengerusi Pekida Kelantan, Mohd. Kori Mohd. Noor berkata, sebagai sebuah pertubuhan berteraskan Islam, Pekida sentiasa mengajak lebih 15,000 ahlinya di seluruh negeri ini supaya mendekatkan diri dengan tuntutan agama suci itu.

Beliau berkata, Pekida juga sentiasa berusaha untuk mentarbiah ahli-ahlinya dengan menganjurkan pelbagai program supaya mereka memahami ajaran Islam dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan negatif selaras dengan cogan kata pertubuhan itu 'amal makruf nafi mungkar.'

"Terpulang kepada individu sama ada dia takut kepada Allah atau mengingkari, dengan ahli-ahli faham tentang Islam, insya-Allah mereka akan menjadi baik dan kembali kepada asal fitrah kejadian manusia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pekida Kelantan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Islam Lundang dekat sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Mohd. Kori mengakui tindakan segelintir ahlinya yang bertentangan dengan cogan kata pertubuhan itu telah memberi imej buruk kepada Pekida.

"Tetapi Pekida dan pimpinannya tidak bertanggungjawab di atas kelakuan yang dibuat oleh ahli dan juga bekas ahli," katanya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz menasihatkan ahli Pekida supaya menjaga kelakuan mereka sama ada zahir mahu pun batin.

"Jaga zahir dan batin, ingat syurga neraka, ingat dosa pahala, ingat malaikat dan syaitan," katanya.

DITEMBAK DAN DISERANG LELAKI BERTOPENG

KOTA BHARU- Pantang maut sebelum ajal, apabila dua terselamat selepas ditembak sekumpulan lelaki bertopeng dan rumah mereka turut dibakar dalam kejadian di Kampung Che Arus, Kok Lanas, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi, mangsa Raihan Razali, 25 cedera di kaki kiri dan Azreen Mohd Zin, 23, pula cedera di paha akibat terkena tembakan yang dilepaskan lelaki terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga berada di dalam rumah sebelum didatangi dua lelaki.

Katanya, kejadian disedari oleh Nurul Farah Izwani Abdullah, 21, selepas terdengar pintu rumah dipecahkan.

Beliau berkata, ketika itu Nurul Farah berada di dalam bilik bersama anaknya yang berusia enam bulan.

Menurutnya, pada masa sama, dia juga terdengar dua das tembakan dilepaskan dan ketika itu, suspek mengarahkan Nurul Farah supaya keluar.

“Sebaik keluar dari bilik, dia (Nurul Farah) ternampak kedua-dua mangsa dalam keadaan kesakitan ketika berada di ruang tamu,” katanya dalam sidang media, semalam.

Jalaluddin berkata, ketika itu juga, ruang tamu rumah berkenaan turut dibakar dan Nurul Farah diarahkan keluar oleh suspek dari rumah terbabit.

Katanya, sebaik membakar rumah, dua lelaki bertopeng itu kemudian melarikan diri.

Sementara itu, seorang lagi penghuni rumah terbabit Mohd Fahmi Anuar berjaya menyelamatkan diri selepas terjun menerusi tingkap rumah itu.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat kebakaran berkenaan daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, pada jam 7.15 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan 436 Kanun Keseksaan dan siasatan yang dijalankan, mendapati kes melepaskan tembakan yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada masalah pengedaran dadah dan sehingga kini sebanyak empat kes sudah dilaporkan.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiga kes sudah pun dilaporkan sepanjang Januari manakala satu kes bagi bulan ini.

“Kita sudah mengenal pasti satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Buyung’ yang mempunyai lebih 10 ahli dan diketuai oleh seorang lelaki Melayu Nor Tarmimi Md. Salleh, 29, berkaitan kes terbabit.

"Setakat ini polis sudah menubuhkan satu pasukan Gerakan Khas untuk mengesan dan mengumpul maklumat berhubung kumpulan ini,” katanya. -Sinar Harian.

Jumaat, 17 Februari 2012

NIK AZIZ AKAN DENGAR DAN ANWAR AKAN JELASKAN PADA RAKYAT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab kontroversi berkaitan kenyataannya tentang Israel, yang disiarkan dalam Wall Street Journal bulan lalu.

"Saya akan mendengar (penjelasan Anwar) tapi saya menyerahkan kepada Anwar untuk menjelaskan kepada orang ramai," kata Menteri Besar Kelantan di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, kenyataannya hanya sebagai mewakili Pas manakala Anwar pula mewakili PKR.

Ekoran pendirian Dewan Ulama Pas awal minggu ini, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kuala Lumpur, Isnin ini.

Ketika diminta mengulas pendirian Anwar mempertahankan kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, itu Ketua Pembangkang punya pasal. -Sinar Harian

AHLI UMNO DIINGATKAN TIDAK MENGIKUT RENTAK PEMBANGKANG DAN LEBIH PROFESIONAL

KOTA BHARU – Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh mengingatkan ahli UMNO supaya lebih berprofesional dan tidak mengikut rentak pembangkang dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum 13 ini.

Beliau berkata, dasar perjuangan UMNO menerusi gagasan 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi satu momentum daya inovasi kearah pembangunan insan semua kaum.

“Justeru kita mesti lebih terbuka, bukan berfahaman sempit seperti sesetengah pihak yang sanggup memecah belahkan rakyat dengan melempar pelbagai tuduhan kata nista demi kepentingan politik sebelah pihak,” katanya.

Beliau berkata, amalan politik fitnah mampu membawa kesejahteraan serta kestabilan rakyat sebaliknya akan meletakkan negara dalam situasi yang tidak aman.

Mengulas mengenai keperluan transformasi politik pada pilihan raya ini, beliau berkata banyak perkara boleh dilakukan jika mandat diberikan kepada BN untuk membangunkan negeri Kelantan yang dilanda kemunduran sejak 21 tahun lalu.

“UMNO mempunyai perancangan jangka panjang bagi membangunkan negeri ini terutama berkaitan infrastruktur rakyat,” katanya. -Khabar Kota Bharu

KERAJAAN KELANTAN SEDIA BEKERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN SEMPENA TMK 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi menjayakan sasaran enam juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 bermula Mac ini.

Bagi tujuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan berjumpa Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen dalam jangka masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut dan memaklumkan perancangan perjalanan TMK 2012.

Menurutnya, setakat ini senarai berkaitan program berkenaan dihantar kepada Kementerian Pelancongan dan yakin pihak berkenaan dapat memberi kerjasama untuk memajukan sektor pelancongan Kelantan.

“Saya akan berjumpa dengan menteri dan cuba mendapatkan bantuan yang boleh diberikan supaya TMK 2012 ini dapat dijayakan dengan lebih meriah lagi.

“Saya yakin kementerian dapat membantu kerana kedatangan pengunjung ke negeri ini menyumbang kepada pertambahan pelancong ke Malaysia,” katanya ketika ditemui sempena perasmian Skuad Sukarelawan TMK 2012 dan penyerahan penutup beca di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Tourism Kelantan, Zurina Abdul Samad dan 22 Skuad Sukarelawan TMK 2012 menerima basikal.

 Takiyuddin berkata, bagi memeriahkan acara sempena TMK 2012, dua penyanyi popular dengan lagu ketuhanan, Ramli Sarip dan Opick diundangkan membuat persembahan.

Selain itu, pesta air, perarakan kereta berhias dan pelbagai program menarik disediakan untuk memberi kepuasan kepada pengunjung.

Beliau juga memberitahu, pihaknya akan menggunakan media arus perdana di samping pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan di Kelantan, Johor, Perak dan Pulau Pinang serta beberapa negeri lain lagi untuk menarik pelancong ke Kelantan.

Sebelum ini, Yen Yen meminta Kerajaan Negeri menyediakan kalendar program sepanjang TMK 2012 supaya pelancong boleh menikmati percutian ketika berada di Kelantan. -Sinar Harian

LELAKI THAILAND BEBAS TUDUHAN BUAT BOM TETAPI DITAHAN SEMULA

KOTA BHARU – Perkarangan Mahkamah Tinggi di sini, semalam cemas apabila seorang tertuduh yang bebas dakwaan membuat bom cuba melarikan diri bagi mengelak ditahan semula pihak berkuasa.

Sejurus dibebaskan, lelaki warganegara Thailand itu ditahan dipercayai atas satu lagi kesalahan lain iaitu tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Cubaan Mat Yunai Che Dolah, 35, itu mengundang situasi cemas sehingga berlaku pergelutan antara dia dan pihak polis.

Beberapa ahli keluarga tertuduh yang ada di tempat kejadian turut ikut campur menyebabkan suasana bertambah tegang sehingga mereka ditenangkan sebelum tertuduh berjaya digari.

Selain Mat Yunai, seorang lagi yang turut bebas, tertuduh ketiga, Mohd Sidek Ali, 40, turut ditahan semula.

Sementara tertuduh pertama, Mohamad Khairi Seman, 30, diarah bela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes terhadapnya.

Hakim Azman dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie kes terhadap Mat Yunai dan Mohd Sidek selepas saksi tuan rumah hanya dapat mengecam Mohamad Khairi.

Menurutnya, tidak ada keterangan dapat membuktikan pakatan atau niat bersama antara tertuduh pertama dan dua lagi tertuduh lain.

“Tuan rumah hanya cam tertuduh pertama yang dikenali dengan nama Farud atau Farok sebagai individu yang datang membayar sewa, api dan air, manakala dua lagi tidak dikenalinya.

“Bagaimanapun, melalui keterangan, sebagai penyewa, Mohamad Khairi mempunyai pengetahuan, kawalan serta jagaan ke atas rumah juga barang-barang salah yang dijumpai di rumah itu termasuk kepingan besi half moon di ruang tamu,” katanya.

Mereka didakwa secara bersama pada pertuduhan pertama, berdagang (menghasilkan untuk tujuan edaran) senjata api iaitu empat bom rekaan sendiri di sebuah rumah Kampung Gebeng, Bakong, Pasir Mas pada jam 1.40 petang, 14 Disember 2009.

Bagi pertuduhan itu, mereka boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Manakala, pada pertuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana bersama-sama memiliki 258 peluru hidup pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Pembelaan Mohamad Khairi yang diwakili peguam bela, Latifah Ariffin akan dibuat pada 19 dan 20 Mac depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Abdul Razak Wan Hussin dan Julia Ibrahim.

Selasa, 14 Februari 2012

LAYAKKAH SEORANG PEMIMPIN SEPERTI FATMI CHE SALLEH ?

KOTA BHARU - Ketua UMNO Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh menasihatkan kepada semua belia supaya lebih berketerampilan dalam menempuh masa depan yang serba mencabar, beliau turut mengingatkan agar belia remaja dibandar ini tidak mudah terjebak dengan masalah sosial yang kian melanda. Sepertinya penulis berada dirumah dan sedang mendengar seorang ayah membebel kepada anak-anaknya.

Rakaman bersama orang muda dibawah ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada anda mengenai pemimpin ini. Samada ianya mudah untuk didekati atau seorang yang menyombong diri .
Diatas perkara tersebut dan beberapa perkara yang lain, beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dari pandangan peribadi penulis adalah seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil rakyat pada abad ini yang memerlukan seorang pemimpin yang pandai bercakap walaupun kosong dan bijak berjanji walaupun mungkir.

Dikala pemimpin-pemimpin pembangkang sedang asyik mengorak langkah dengan ucapan berbentuk makian, hasutan serta fitnah yang bermotifkan serangan peribadi, beliau lebih selesa dengan membawa isu-isu rakyat  kearah pembangunan masyarakat dalam menaik taraf sosio ekonomi setempat. Jenuh penulis menunggu beliau menyentuh isu-isu peribadi seperti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim atau membela isu lembu kak Ijat.

Apa yang dapat difahami dengan pemikiran dan cara pembawaan beliau adalah lebih kepada mengajak rakyat supaya tidak salah dalam membuat keputusan politik dan membuat penilaian dalam konteks ilmiah bukannya sekadar mendengar cakap-cakap kosong tanpa fakta dan asas yang sahih. Sedangkan rakyat disini sudah biasa disajikan dengan ceramah-ceramah hasutan dan juga menakut-nakutkan dengan sesuatu perkara yang jelas hanya rekaan semata-mata.

Permintaan umum masyarakat kini yang lebih gemar kepada pemimpin yang bijak berkata-kata serta berani menabur janji itu tidak ada kepada pemimpin ini. Malah sikap beliau yang terlalu ikhlas dan tampil dengan identitinya sendiri tanpa sebarang pengolahan hipokrit mungkin tidak akan dinilai oleh rakyat yang pada sebahagiannya mudah terpedaya dengan kata-kata manis lagi indah.

Namun ianya terpulang kepada tahap intelektual warga Kota Bharu untuk menilai dan memilih pemimpin yang dirasakan dapat membantu dan mengubah nasib hidup mereka. Bagi penulis yang suka mencuba sesuatu yang baru tanpa membawa sebarang kerugian atau bukan bersifat kekal yang sudah tidak boleh diubah, pastinya  akan memberi peluang untuk merasainya.

Pendapat tersebut adalah dari apa yang dilalui sebelum ini serta sepanjang mendengar ucapannya di majlis penyampaian hadiah pada Kejohanan Bolasepak merebut piala Dato' Fatmi Che Salleh yang diadakan disini semalam.

Ahad, 12 Februari 2012

PAS KELANTAN MENUDUH BN TUJUAN UNTUK TAKUTKAN RAKYAT - MUSTAPA

BACHOK - Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan andaian yang mengatakan judi dan riba akan meningkat jika pengundi memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang sebagai satu tuduhan jahat bagi menakutkan rakyat negeri itu.

Pengerusi Umno Kelantan berkata, ramalan karut itu adalah sesuatu dakyah yang cuba menakutkan rakyat negeri itu sedangkan BN terbukti banyak menzahirkan sistem dan ajaran Islam dalam pelbagai aspek.

Menurutnya, kerajaan Pas Kelantan tidak boleh mendabik dada dengan membuat tuduhan itu kepada BN kerana di bawah pemerintahan Pas sekarang ini juga wujud masalah sosial.

“Apa niat beliau (Nik Aziz) sebenarnya saya tidak tahu, tetapi jika itu telahan beliau, ia adalah suatu tuduhan jahat yang ingin mencipta keadaan menakutkan rakyat.

“Kita sebagai sebuah negara Islam tekad untuk banteras gejala tidak bermoral dalam usaha mewujudkan masyarakat sejahtera dan berakhlak. Selain itu, banyak yang kerajaan BN laksanakan termasuk aspek perbankan Islam yang menjadi ikutan negara Islam lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Simulasi PRU bagi Kelantan dan Terengganu dekat sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz NIk Mat yang membayangkan negeri ini akan subur dengan premis judi dan amalan riba sekiranya BN dapat menawan kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Mustapa berkata, BN akan terus melaksanakan dasar-dasar untuk memastikan bahawa negara Malaysia ini semakin aman sejahtera serta rakyatnya berakhlak yang menjadi cita-cita semua umat Islam. - Sinar Harian

PAS KELANTAN 'AKAN' MENJELASKAN ISU LEMBAH SIREH.. BILA??

KOTA BHARU – Ramai warga Kota Bharu menjangkakan kerajaan Pas Kelantan akan cuba melengahkan dalam memberi jawapan berhubung isu projek pembangunan Lembah Sireh yang 10 tahun tertangguh.

Penduduk Lembah Sireh, Abdul Manaf Hanapi, 39, berkata sikap sedemikian tidak wajar dimiliki kerajaan Pas yang kononnya mendakwa perjuangkan negara kebajikan.

Seharusnya, kerajaan Pas begitu cepat memberi respon mengenai projeknya jika ia sebuah kerajaan yang telus tanpa perlu mengambil masa selama 10 tahun untuk menjelaskan atau didesak pihak NGO.

“Laporan akhbar semalam mengatakan kerajaan negeri akan memberi penjelasan. Kenapa begitu lama? Ada perkara kah yang perlu dipusingkan atau fakta yang perlu ditutup daripada rakyat? Kalau gagal projek itu mengaku sajalah dan mohon maaf kepada rakyat dan penduduk Lembah Sireh seperti kami ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media semalam bahawa Kerajaan Pas Kelantan akan memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani pada 2002 dengan sebuah syarikat pemaju yang melibatkan pembangunan di Lembah Sireh di sini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika diminta mengulas desakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) Selasa lalu mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani dengan Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini.

Wan Khairul Ihsan mendakwa, melalui perjanjian yang dimeterai itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan tanah seluas kira-kira 400 hektar kepada pemaju tersebut dengan bayaran premium sebanyak RM1 juta sahaja dan sebagai ganti, pemaju perlu menjalankan beberapa projek di negeri ini membabitkan kos dianggarkan RM370 juta.

Beliau mendakwa, dalam dokumen perjanjian yang dimilikinya, pemaju disyaratkan membina sebuah masjid bernilai RM20 juta, membangunkan jambatan penghubung Kampung Cina di sini dengan Palekbang Tumpat sebanyak RM150 juta, membina jambatan berkembar bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra (RM160 juta), membina sebuah stadium tertutup wanita (RM25 juta) dan memasukkan wang ke dalam tabung perumahan sebanyak RM15 juta. - Khabar Kota Bharu

Khamis, 9 Februari 2012

ISU LEMBAH SIREH MINTA PENJELASAN PAS KELANTAN

KOTA BHARU - Isu pembangunan lembah sireh kini hangat diperkatakan semula oleh rakyat Kelantan setelah perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Malahan, Mohd Fatmi pernah mempersoalkan isu pembinaan jambatan menghubungi Kampung Cina ke Palekbang merentasi Sungai Kelantan yang lebih sedekad tidak dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan.

Yang tinggal hanyalah tugu pembinaan projek jambatan itu yang kini hanya dilitupi lalang.
Terbaru sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) mendesak kerajaan Pas Kelantan menjelaskan status perjanjian kerajaan itu dengan sebuah syarikat bagi membangunkan kawasan Lembah Sireh hampir sedekad lalu.

Presidennya, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, perjanjian tersebut menuntut syarikat berkenaan memberi sumbangan lebih RM350 juta dalam bentuk pembangunan seperti membina jambatan, masjid, stadium tertutup wanita dan sumbangan kepada tabung perumahan kos rendah.

“Itu maklumat yang kami dapat, sekiranya perjanjian itu terbatal sekali pun, kerajaan harus menjelaskan perjanjian mana yang diguna pakai,” katanya.

Pada November 2010, kerajaan negeri dilapor akan mengkaji semula perjanjian yang dianggap bermasalah apabila setakat ini pemaju hanya berjaya melaksanakan 50 peratus projek melalui perjanjian tersebut.

Berikutan itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.

Menurut Ahmad, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada bayaran yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan pihak pemaju.

Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan membabitkan kos kira-kira RM2 bilion.

Pembangunan projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar meliputi jajahan Kota Bharu dan Tumpat.

Antara komponen yang akan dimajukan termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina.
Selain itu, ia turut melibatkan pembinaan rumah kedai, pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, kompleks membeli-belah antarabangsa, bangunan pejabat, pusat komersial, lingkaran jalan ke arah bandar Kota Bharu, water front, laluan pejalan kaki dan jeti awam. - Khabar Kota Bharu

Rabu, 8 Februari 2012

PEMBANGKANG JANGAN GHAIRAH TARIK PEMERHATI ASING -SPR

KOTA BHARU — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. “Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini.

Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.

“Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan,” katanya.

Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

“Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia,”
katanya.

Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU
Ke-13 akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. – Sinar Harian

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KOTA BHARU DAN BACHOK JUMAAT DAN SABTU

KOTA BHARU - Penduduk di daerah Kota Bharu dan Bachok dinasihat menyimpan bekalan air mencukupi pada Jumaat dan Sabtu ini berikutan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip telaga mentah di Medan Telaga Pasir Tumboh dekat sini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata kerja pembaikan itu bermula 10 malam Jumaat hingga 5 pagi keesokannya, yang menyebabkan tekanan air rendah.

Pada Sabtu, operasi Loji Rawatan Air Pintu Geng di sini akan tergendala sementara berikutan penyelenggaraan elektrik di sekitar pencawang loji air itu pada pukul 11 pagi hingga 6 petang, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.- Bernama

PAMERAN 1000 SENJATA TRADISIONAL BAKAL DICATAT DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KOTA BHARU - Pameran 1,000 senjata tradisional Kelantan anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada Jun ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Pengarah PMNK Abdul Rahman Abdullah berkata pemeran seminggu itu, yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Sejarah dan Seni Warisan Purba Negeri Kelantan (Purba) di Muzium Negeri, dijangka menarik 10,000 pengunjung sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pameran Kebudayaan Warisan Cina Kelantan di sini hari ini, beliau berkata pemeran itu adalah antara tujuh program anjuran PMNK sepanjang tahun ini untuk menarik pelancong ke Kelantan.

Antara bahan pameran itu nanti ialah senjata seligi, yang diperbuat daripada batang nibong diruncingkan, untuk dijadikan senjata melawan musuh pada zaman dahulu.

Peminat sejarah dan seni warisan yang memiliki artifak lama juga diminta turut menyertai pameran itu.- Bernama

Isnin, 6 Februari 2012

'ACU TUKAR SEPENGGAL'

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan sudah bersuara.

Semalam rakyat negeri ini bergabung menubuhkan gerakkan masa untuk menukar Kerajaan Pas Kelantan kerana masalah asas masih tidak dapat diselesaikan selepas 21 tahun memerintah.

Acu Test Sepenggal - beri peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah ini untuk sepenggal untuk kehidupan yang lebih baik.

Beri peluang kepada BN untuk memperbaiki jalan, bekalan air, perumahan rakyat, kemudahan prasarana dan mewujudkan peluang pekerjaan.Ini semua untuk kemudahan kita, untuk masa depan anak cucu yang lebih baik.

Apakah kita mahu anak-anak kita terus minum air yang tercemar, mandi air 'boring' yang busuk.

Tukar sepenggal bukan bermakna kita menggadai masa depan. Apakah di bawah Barisan Nasional Islam tidak berkembang. Lihat contoh-contoh di negeri lain. Islam terus berkembang di bawah BN.

Ingat kemiskinan akan membawa kepada kemungkaran. Acu Test Sepenggal. - Kelatekito.net

'Payoh Doh Ore Kota Bharu Nok Jupo Hok Setagho Ni, Ko Guano?'

Kemunculan pemimpin seperti Fatmi Che Salleh didalam UMNO Barisan Nasional sangat ditunggu-tunggu rakyat, keramahannya serta sikap merendah diri beliau sangat penulis hargai. Walaupun penulis yakin yang beliau sedar jika kerusi Parlimen Kota Bharu yang ingin ditandinginya itu adalah kubu kuat Pas, tapi beliau tetap bersungguh untuk membantu rakyat tanpa mengharapkan 100peratus untuk beliau menang disini.

Jika kita fikir secara logik, berapa peratus sangat kemenangan berpihak kepada calon BN ini untuk memenangi Parlimen Kota Bharu ? peluangnya sangat tipis, tapi gerak kerja dalam membantu rakyat terutamanya golongan fakir miskin diteruskan beliau sudah sekian lama tanpa merasa jemu, untung wakil rakyat di parlimen ini kerana tugasnya digalas oleh orang lain.

Calon dari Pas tidak perlu bekerja kuat untuk membantu rakyat, jika hampir pilihanraya pun tidak nampak batang hidung, apatah lagi ketika waktu bukan pilihanraya, pemimpin Pas disini terlalu yakin rakyat menyokong mereka walau tanpa mereka bekerja. sangat berbeza sekali dengan calon dari BN ini.

Penulis bukan ingin memuji atau mengutuk mana-mana pihak, tetapi ingin memberi gambaran sebenar apa yang terjadi di Parlimen Kota Bharu ini, penulis sentiasa berdoa dan berharap pada Allah Taala supaya rakyat di Kota Bharu ini dikurniakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjaga hal kebajikan rakyat.

Sayu sekali hati penulis bila melihat terlalu ramai golongan yang memerlukan bantuan disini disisihkan dan sebahagian dari itu menghabiskan usia didalam kedaifan tanpa sempat merasai nikmat yang sepatutnya. Apakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita memberi peluang kepada orang lain untuk berkhidmat kepada rakyat Kota Bharu ini.

Bagi penulis ianya tidak menjadi kesalahan bahkan kewajaran diatas keperluan didalam memberi peluang bagi merasai perkhidmatan yang bakal disumbangkan selama sepenggal sebelum digantikan sekiranya perkhidmatan yang diberikan itu lebih teruk dari pemimpin yang sebelumnya.

Penulis yakin dengan warga di Kota Bharu yang sudah bijak dalam menilai seseorang pemimpin dan tidak lokek untuk memberi peluang diatas kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh bakal-bakal calon yang akan bertanding pada PRU 13 nanti.

Semoga Fatmi Che Salleh  terus diberikan semangat dalam usaha gigih beliau mengubah nasib rakyat di Kota Bharu dan keikhlasannya itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah Taala.

Khamis, 2 Februari 2012

YIK MENAFIKAN TIDAK BERI KERJASAMA PADA KEMENTERIAN PELAJARAN

KOTA BHARU – Yayasan Islam Kelantan (YIK) menafikan pihaknya tidak memberi kerjasama untuk menghantar senarai lengkap pelajar mereka kepada Kementerian Pelajaran sehingga menyebabkan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar tidak dapat disalurkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, YIK awal-awal lagi sudah memberikan senarai nama itu kepada kementerian dan menyerahkan sekali lagi data terkini pada 25 Januari lalu.

“Paling terbaru apabila kita menerima edaran pekeliling daripada pihak kementerian pada 15 Januari yang mahukan senarai nama terkini pelajar sekolah YIK.

“Kami telah mengambil tindakan segera dengan membuat taklimat kepada semua pengetua pada 19 Januari dan pada 25 Januari, senarai nama pelajar kemudiannya dihantar kepada kementerian.

“Sehingga hari ini, tiga sekolah Ma’ahad telah menerima bantuan tidak termasuk 20 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang telah menerimanya lebih awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah YIK, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Mohd. Amar berkata, terdapat 26 ma’ahad, 42 buah Sekolah Menengah Ugama (Arab) dan 20 buah SABK di bawah YIK dengan bilangan pelajar seramai 33,000 orang.

Justeru itu katanya, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin baru-baru ini yang mengatakan YIK gagal memberikan kerjasama adalah tidak tepat dan menimbulkan pandangan kurang baik masyarakat terhadap peranan YIK sebagai sebuah agensi pendidikan.

“Tidak eloklah keluar pernyataan begitu sedangkan pegawai kami sudah beberapa kali berulang-alik ke kementerian dan menghadiri mesyuarat bersama. Awang sebagai Timbalan Menteri sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Pelajaran dan juga YIK sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Amar berkata, pihaknya kini dalam perbincangan akhir dengan Universiti Ummul Qura, Arab Saudi untuk memberi peluang kepada 15 pelajar yang mendapat 10 Mumtaz dalam peperiksaan STAM 2011 mengikuti pengajian program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di sana.

Beliau berkata, sekiranya rundingan tersebut berjaya, pelajar cemerlang yang berminat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti itu sepanjang tempoh pengajian empat tahun.

Seramai 1,769 pelajar dari 23 buah sekolah YIK menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu dengan kelulusan 66.65 peratus berbanding 65.57 peratus pada 2010 iaitu peningkatan sebanyak 1.08 peratus.

KERETA RENTUNG IBU NYARIS TERBAKAR

KOTA BHARU- Rutin seorang ibu mengambil anaknya menggunakan kereta berakhir dengan tragedi apabila kenderaan yang digunakan terbakar dalam perjalanan ke sekolah mereka di Jalan Istana Mahkota, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, kereta Honda Civic yang dipandu sendirian oleh mangsa, Siti Aisyah Isa, 34, rosak dalam perjalanan mengambil anaknya di Kubang Kerian sebelum hangus.

Ibu kepada empat anak itu memberitahu, sebelum kejadian kereta berkenaan berhenti secara tiba-tiba kira-kira dua kilometer dari sekolah anaknya.

Siti Aisyah berkata, dia bernasib baik kerana tidak panik semasa bahagian enjin keretanya mengeluarkan asap dan dalam masa sama cermin hadapan kenderaannya juga turut berasap.

“Setelah itu, saya terus keluar dari kenderaan tanpa mengambil apa-apa barangan di dalam kereta kerana takut kereta meletup.

“Saya bersyukur kerana ketika itu anak-anak masih belum diambil dan saya bernasib baik kerana tidak terperangkap di dalam kereta ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui kelmarin.

Siti Aisyah berkata, dia hanya mampu melihat kereta yang digunakan sejak lapan tahun itu hangus dari jarak jauh sebelum mendapatkan bantuan penduduk berhampiran tempat kejadian.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Firdaus Ibrahim, 18, berkata dia menyedari kejadian itu setelah mendengar seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Saya bersama kawan-kawan yang lain mengambil baldi dan mencuba memadam kebakaran terbabit tetapi gagal kerana api marak dengan cepat termasuk beberapa letupan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Muhamad Hassan berkata, sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 4.07 petang. Jumlah kerugian dianggarkan RM55,000 dan kejadian berpunca daripada elektrik.