Ahad, 25 Disember 2011

RM83.5 JUTA ZAKAT TELAH DIKUMPUL

KOTA BHARU 24 Dis. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berjaya mengutip zakat berjumlah RM83.5 juta sehingga 17 Disember tahun ini.

Jumlah terkini kutipan zakat itu dipaparkan menerusi portal rasmi Maik http//www.e-maik.my yang turut menyediakan kemudahan membayar zakat secara atas talian.

Menurut kenyataan dari laman sesawang itu, bagi kemudahan umat Islam, sepanjang bulan ini, kaunter zakat Maik di Kompleks Islam Lundang dibuka setiap hari termasuk pada hari kelepasan am iaitu Jumaat dan Sabtu dan juga pada cuti umum.

Selain itu katanya, zakat juga boleh ditunaikan di Pusat Mini Kutipan Zakat Maik yang beroperasi di enam buah masjid utama iaitu Masjid Bandar Pasir Mas, Pasir Mas dan Masjid Sultan Yahya Petra.
Machang; Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh; Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang; Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan Masjid Ismaili, Tumpat.

Pada hujung November lalu, akhbar ini melaporkan Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat tahun ini akan meningkat sehingga RM85 juta berbanding RM71 juta yang dikutip sepanjang tahun lalu.

1 ulasan:

  1. Saya pohon zakat bantuan gharimin dah dekat masuk 6 bulan belum pun ada wakil MAIK datang rumah buat pemeriksaan. Api dah dipotong, kereta dah ditarik.

    Kalau dapat wang zakat yg dipohon tu bolehlah dibuat modal untuk bisnes proses makanan. Sekarang harapkan bantuan sanak-saudara dan kerja sambilan nak sara 6 orang anak.

    BalasPadam